Hasil
Pembelajaran
1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya dan
pihak lain dalam situasi formal dan tidak
formal.
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan
kehidupan seharian dengan menggunakan
kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.
Huraian Hasil Pembelajaran
Aras
1
ii.
Melafazkan ucapan
secara bertatasusila dalam perbualan.
Cadangan Aktiviti
Cadangan
aktivitinya adalah murid diminta untuk melakonkan dialog yang ada unsur - unsur
penerimaan teguran. Contohnya, “Maafkan saya”. “Terima kasih kerana
mengingatkan saya.” “Baiklah, saya akan cuba perbaiki. Terima kasih atas
teguran itu tetapi pada pendapat saya ini adalah yang terbaik pada saya. Terima
kasih kerana membantu saya.
Langkah
pelaksanaan:
·
Langkah untuk melaksanakan aktiviti
ini adalah guru akan meminta murid melakonkan watak sebagai seorang pelajar yang telah melanggar peraturan sekolah. Kemudian, seorang murid lagi
telah menegur perbuatan murid yang
telah melakukan kesalahan tadi
.
Hasil
Pembelajaran
1.2 Bertanya dan menjawab tentang menjawab
tentang sesuatu perkara secara
bertatasusila.
Huraian Hasil Pembelajaran
Aras
2
i.
Mengemukakan soalan
tertumpu dan bercapah dengan menggunakan kata tanya.
Cadangan Aktiviti
Aktiviti
yang dicadangkan adalah melakukan perbualan dangan rakan tentang sesuatu
situasi yang mereka hadapi.
Soalan
|
Jawapan
|
1.
Siapakah yang
menyelamatkan anak kucing itu ?
2.
Bagaimanakah anak
kucing itu boleh jatuh ke dalam longkang?
|
1.
Kami yang telah
menyelamatkan anak kucing itu.
2.
Anak kucing itu
cuba mengejar rama-rama lalu terjatuh ke dalam.
|
Langkah
pelaksanaan aktiviti:
·
Guru menceritakan
situasi yang berlaku terhadap kucing yang jatuh ke dalam longkang.
·
Setelah murid
mendengar cerita tersebut, guru akan menyuruh murid melakonkan kembali
berdasarkan petikan yang guru beri kepada murid.
Hasil Pembelajaran
1.3 Memberikan dan memahami arahan serta
pesanan tentang sesuatu perkara.
Huraian Hasil Pembelajaran
Aras
2
ii.
Menerima dan melaksanakan
arahan serta pesanan dengan betul.
Cadangan Aktiviti
Aktiviti
yang dicadangkan bagi hasil pembelajaran ini adalah murid melakonkan situasi
menunjuk arah kepada sekumpulan pelancong tempatan. Contohnya, sekumpulan
pelancong tempatan sedang bertanyakan tentang tempat terletaknya masjid negara
kepada seorang penduduk tempatan.
Langkah
pelaksanaan aktiviti:
·
Langkah untuk
menjalankan aktiviti adalah guru memberikan arahan berkenaan dengan menunjuk
arah kepada seseorang.
·
Guru akan memberi
dialog dan disertakan dengan pelan atau peta kepada murid.
·
Seterusnya meminta
mereka melakonkan perbualan tentang cara memberikan arahan kepada sekumpulan
pelancong tempatan tentang arah sesuatu tempat yang ingin dituju.
·
Sekumpulan lagi murid
melakonkan watak sebagai pelancong yang sedang mendengar dan memahami arahan atau petunjuk yang diberikan
oleh murid itu tadi.
Hasil
Pembelajaran
1.4 Menyatakan permintaan secara
berterus-terang dan meyakinkan dengan menggunakan intonasi dan paralinguistk
yang sesuai untuk menguatkan permintaan.
Huraian Hasil Pembelajaran
Aras
2
i.
Meminta keizainan
untuk memenuhi keperluan dengan bersopan.
Cadangan Aktiviti
Cadangan
bagi aktiviti ini adalah murid diminta untuk menyatakan sesuatu permintaan
beserta alasan. Contohnya, melafazkan dialog, “Cikgu Siti, izinkan saya menelefon ibu kerana saya berasa
kurang sihat”. Dialog ini menunjukkan cara menyatakan sesuatu perkara bersama
dengan alasan.
Langkah
pelaksanaan:
·
Langkah untuk
melaksanakan aktiviti ini guru meminta murid melafazkan dialog atau perbualan
yang menyatakan permintaan untuk menelefon ibu kerana berasa kurang sihat.
·
Murid akan menyatakan
dialog tersebut beserta dengan alasan mengapa menelefon ibu.
Hasil
Pembelajaran
2.0 Bercerita
dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca atau dialami.
2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat
serta sebutan dan intonasi yang baik
dan jelas.
Huraian Hasil Pembelajaran
Aras
3
ii.
Mengisahkan sesuatu
perkara yang dialami dengan menggunakan bahasa yang betul.
Cadangan Aktiviti
Cadangan
untuk melaksanakan aktiviti ini adalah murid menceritakan kembali tentang
peristiwa yang terdapat di dalam gambar yang diberi kepada murid. Murid perlu
melihat dengan teliti dan menghayati gambar yang diberikan serta menyampaikan
cerita dengan penuh gaya dan menarik.
Langkah
pelaksanaan aktiviti:
·
Murid diminta untuk
membentuk kumpulan.
·
Guru memberikan
gambar yang menggambarkan suatu peristiwa kepada setiap kumpulan.
·
Guru meminta murid
meneliti gambar tersebut dan bercerita berdasarkan gambar tersebut
No comments:
Post a Comment