Wednesday, 12 December 2012

Kemahiran Menulis


Konsep Menulis
Perkataan menulis merupakan jenis kata kerja yang bermaksud perbuatan mencatatkan kata-kata dengan huruf yang menggunakan alat tulis ,melahirkan perasaan atau fikiran melalui tulisan dan catatan yang menggunakan huruf.

Konsep  menulis di sekolah merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis tanda baca  dan menggunakan  tulisan yang kemas serta ejaan yang betul.

Secara umumnya terdapat beberapa konsep menulis yang dapat diringkaskan  seperti yang berikut:
1 .menulis merupakan aktiviti yang menghasilkan bahan –bahan yang menulis.
2.Menulis merupakan hasil kerja penulis,iaitu sebarang perkara yang diluahkan dalam bentuk huruf dan alphabet.
3.Menulis merupakan huruf atau simbol yang dicetak bagi mewakili bunyi atau perkataan sesuatu bahasa.
4.Menulis merupakan penggunaan  huruf  atau symbol bagi mengambarkan sesuatu bahasa.
5.Menulis merupakan medium komunikasi termasuklah facsimile,teleks, dan email
6.Menulis merupakan symbol atau kerektor bertulis atau bercetak sesuatu bahasa.
7.Menulis merupakan satu bentuk penulisan yang digunakan oleh penulis bagi mempersembahkan idea atau pendapat.
8.Menulis merupakan penggunaan symbol visual bagi mewakili perkataan yang bertindak sebagai kod komunikasi.


Tujuan Menulis

Secara umumnya terdapat empat tujuan menulis yang berfokus kepada cirri komunikasi;
1 ekspresif
Penulis menulis untuk melahirkan perasaan idea,hujah,dan sebagainya.tujuan menulis seperti ini tidak mengambil kira aspek daripada pembaca kerana ianya hanya berfokus kepada perasaan pengalaman dank eperluan penulis semata-mata.hasil penulisan seperti sajak,novel,komentar dan penulisan bebas.
2 pemujukan
Menulis untuk tujuan pemujukan berfokus kepada pembacanya khusus untuk member kesan perasaan dan menarik bagi pembaca.
3.informatif
Menulis untuk tujuan informatif merujuk kepada penulisan yang bersifat eksternal,iaitu untuk member maklumat kepada pembaca. 
4.kesusteraan.
Menulis untuk tujuan kesusteraan mempunyai ciri-ciri stilistik iaitu gaya bahasa penulisan  ia menunjukkan elemen-elemen yang menunjukkan cara elemen bahasa digunakan.

Jenis Kemahiran Menulis.

Terdapat dua jenis kemahiran menulis yang perlu dikuasai di peringkat rendah,iaitu kemahiran menulis mekanis dan kemahiran menulis mentalis.

Kemahiran  menulis mekanis.
Kemahiran menulis mekanis merupakan  kemahiran untuk membolehkan murid membentuk lambang huruf dan seterusnya membentuk perkataan dengan jelas,tepat dan kemas.
Antara aktiviti kemahiran menulis mekanis adalah seperti yang berikut:
1menulis bentuk yang mirip kepada huruf yang tertentu.
2 menulis huruf daripada gambar.
3 menulis huruf mengikut bentuk kad yang dilubangkan
Menulis huruf atau perkataan yang ditulis mengikut titik-titik.
5 menyalin perkataan atau frasa.
6 menyalin ayat daripada buku.


Kemahiran menulis mental(mentalis)
Kemahiran menulis melibatkan operasi mental atau minda bagi menghasilkan sesuatu yang dapat dibaca oleh orang lain.kemahiran ini merangkumi latihan pernyataan fikiran ,penyataan  perasaan pernyatan kehendak  dan melahirkan pendapat individu.

Antara aktiviti kemahiran menulis mental ialah:
1 menulis perkataan atau frasa yang disebut oleh guru. 
2 menulis frasa atau ayat yang bermakna  menggunakan perkataan yang diberikan.
3 menulis dan menyusun perkataan bagi membina ayat.
4 menulis ayat mudah
5 membuat latihan tranformasi  ayat menggunakan senarai perkataan yangdiberikan

No comments:

Post a Comment