FORUM
- sesi perbincangan melibatkan
beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat
tentang sesuatu tajuk.
- dijalankan secara formal.
- teknik berforum merupakan salah
satu aktiviti lisan yang sesuai kerana :
a) pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung
b) meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
- tajuk forum haruslah dipilih
dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian
serta peringkat umur pelajar.
- soalan daripada penonton boleh
diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.
DEBAT
- pengucapan sama ada menyokong atau
membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang
tersusun.
- terdapat dua pihak yang akan
mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri
daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu.
- huraian yang dilontarkan mestilah
berpandukan kepada fakta.
- setiap pihak haruslah yakin dan
menegakkan fakta yang diutarakan.
- pihak pemnbangkang boleh
mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak
pencadang dan sebaliknya.
- sesi pengulasan akan dibuat
daripada setiap ahli setelah selesai.masa yang diberikan untuk sesi
berdebat akan ditetapkan.
PIDATO
- huraian isi-isi yang melibatkan
fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.interaksi satu
hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.
- pidato bukan membaca tetapi
menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk
menguatkan fakta yang diketengahkan.
- hal ini membolehkan penyampaian
isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.
PANTUN
- Pantun adalah merupakan satu
bentuk puisi tradisional bersifat peribumi.
- Rangkap-rangkap pantun yang
ringkas dan mudah, berbentuk kias ibarat, usik mengusik, dan puji memuji.
- Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus
bahasa tersirat.
- Istilah pantun bagi orang melayu
seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”.
- Pantun juga sering ditukar ganti
dengan perumpamaan
- Dari perumpamaan atau bidalan
jugalah rangkap pantun berkembang.
- Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris
dan seterusnya 8 baris.
SAJAK
- Sajak merupakan satu bentuk puisi
lisan moden lebih bebas berbanding puisi tradisional seperti pantun dan
syair.
- Rangap dan temanya tidak terhad
dan bebas.Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
- Pengarang bebas pilih baris dan
rentak untuk hasilkan sajak.
- Penggunaan kata dan ungkapan
saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.
CERAMAH
- Ceramah merupakan pengucapan
tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.
- Penerangan dan penjelasan tentang
perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah
kepada penonton.
- Ceramah biasanya diadakan di
majlis atau di perhimpunan.antara jenis-jenis ceramah ialah :-
i) Ceramah agama
ii) Ceramah pendidikan
iii) Ceramah kesihatan
iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya
SYARAHAN
- Aktiviti jenis ini berformat
khusus. syarahan mestilah mempunyai :
(a) Kata alu-aluan/pendahuluan
(b) Kata-kata penghadapan
(c) Isi
(d) Penutup
- Penerangan dan penjelasan tentang
tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.
- Isi-isi syarahan perlu berdasarkan
fakta-fakta yang tepat bersertacontoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama
perlulah disokong oleh isi-isi sampingan.
- Sebagai langkah awal syarahan,
sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti
syarahan
- Peringkat / Langkah Kemahiran :
1)Persediaan
• Memahami tajuk dan kehendak soalan.
• Mengumpulkan idea / isi-isi penting
tentang tajuk syarahan
• Menyusun idea-idea / isi-isi dan
membuat rangka syarahan
2) Penulisan
• Menulis perenggan pendahuluan
• Mengembangkan isi-isi secara tersusun
• Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam
perenggan penutup
3)Penyemakan
• Menyemak ejaan dan tanda baca
• Menyemak tatabahasa
• Menyemak jumlah perkataan
No comments:
Post a Comment