Sunday, 17 November 2013

SOALAN BMM 3112 ESEI


1. 5 ciri bahasa Melayu klasik yang terdapat dalam teks (petikan Hikayat Bakhtiar)

i. Ayat panjang berjela-jela
ii. Kata pangkal ayat. Contoh:
iii. Hiperbola. Terlalu baik parasnya…
iv. Beriksah tentang raja
v. Banyak perkataan ‘pun’ dan ‘lah’
vi. Menggunakan perkataan Arab. Contoh:
vii. Menggunakan bahasa istana
viii. Ayat songsang. Contoh:

2. Perkembangan tulisan Jawi. Berikan 4 tahap daripadanya.

Perkembangan tulisan Jawi peringkat 1:
i. Menggunakan tulisan Arab dengan tanda baris.
Contoh:
مك = maka
ii. Menghilangkan baris
Contoh: -
مك
iii. Menggunakan huruf saksi. (
اوي )
Contoh: ini –
اين
iv. Huruf saksi pada suku kata pertama dan kedua
Contoh: lagu –
لاڬو
Perkembangan tulisan Jawi peringkat 2:
3. Menterjemah BI kepada BM.

Bahagian C

1. Perkembangan sastera Melayu di Malaysia berkembang pesat secara berperingkat dari zaman Melayu klasik hinggalah ke zaman moden.

a) Huraikan 4 kepentingan Sulalatussalatin dalam membicarakan perkembangan bahasa Melayu zaman kesultanan Melayu Melaka. (10 markah)
b) Huraikan 5 sumbangan Abdullah Munsyi dalam perkembangan bahasa Melayu. (10 markah)

2. Pengaruh tulisan Jawi sudah mula pada zaman bahasa Melayu praklasik sehinggalah zaman bahasa Melayu klasik. Huraikan 4 bahan bukti yang menunjukkan tulisan Jawi telah wujud pada zaman itu. (20 markah)


Contoh jawapan:
-buku/kitab : sulalatussalatin
[(1 bukti : 4 markah) + (1 contoh : 1 markah) = 5 markah]

3. Masalah terjemahan sering berlaku kerana tidak ada dua bahasa di dunia ini yang sama bentuknya dan mustahil wujudnya persamaan mutlak antara kedua-duanya. Huraikan 4 masalah yang menyulitkan peterjemahan dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. (20 markah)

Contoh jawapan:
- Kosa kata
- Tatabahasa (struktur ayat)

Bahagian B
1. Bahasa Melayu kuno melalui zaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Sriwijaya kira-kira dari abad ke 7 hingga ke 13.

a) Senaraikan 5 ciri BM kuno.

b) Ahli-ahli bahasa membahagikan perkembangan BM kepada beberapa tahap. Bina tahap-tahap tersebut dan pengaruh yang mempengaruhi tahap-tahap tersebut.

2. Asas 50 telah ditubuhkan pada 1950 oleh beberapa orang penulis dan pengarang dari Tanah Melayu yang terpaksa berhijrah ke Singapura.

a) Senaraikan 5 tokoh Asas 50.

b) Tafsirkan 5 perkara yang termaktub dalam perlembagaan 152 di Malaysia.

3. Banyak nama pengarang dalam sejarah perkembangan tatabahasa Melayu di Malaysia.

a) Senaraikan 5 tokoh Melayu dalam menghasilkan penulisan tatabahasa BM.

b) Susun buku selok-belok BM karya Za’ba yang diberi mengikut tahun terbitannya.


4. Tugas menyusun kamus dengan kerja membaca sejumlah karya dalam bidang dan zaman yang akan diliputi oleh kamus itu sewaktu para penyusun kamus melakukan tugas membaca, mereka akan melakukan beberapa perkara.

a) Senaraikan 5 perkara yang perlu dicatatkan oleh para penyusun kamus.

b) Senaraikan 5 contoh kependekan yang ada dalam Kamus Dewan.
Jawapan Soalan SPOT 2 Esei

1) Makna ayat dan Kerangka Generatif Chomsky
- Makna merupakan unsur penting dalam bahasa supaya ayat difahami, dan mesej diterima
- Setiap ayat sekurang-kurangnya mempunyai 1 makna

- Makna terbahagi kepada 3 iaitu (a) makna tersurat : makna sebagaimana yg ditulis atau diujarkan. (b) makna terselindung : makna yang terselindung kerana perkataan yg tidak dihadirkan, sebagai contoh Ali ke kedai Abu, perkataan yang tidak dihadirkan adalah perkataan pergi. Ketidakhadiran ini menimbulkan tafsiran yg berbeza tentang cara Ali ke kedai Abu. Ali mungkin berlari, mencangklung, atau menaiki roket untuk ke kedai Abu. (c) makna tersirat : lain tulis/ckp lain makna, kebanyakannya adalah peribahasa.
- Bagaimanapun, makna ayat mampu berubah berdasarkan konteks ayat dituturkan. Konteks ini sebagaimana yg dikemukakan oleh Chomsky terbahagi kepada 4 iaitu (a)perlakuan bahasa : cara bercakap dan bahasa yg digunakan oleh penutur (b) struktur dalaman : kemampuan seseorang utk berbahasa dan cara susunan ayat yg diujarkan (c) struktur luara : ujaran bahasa yang dikeluarkan oleh seseorang iaitu apa yg diujarkan (d) kemampuan berbahasa : segala pengetahuan yang terdapat dalam otak manusia secara sedar atau tidak, juga berkaitan bagaimana kita mengujarkan bahasa sebagaimana yg terdapat dlm rumus bahasa.

2) peribahasa
- Peribahasa terbahagi kepada 2 iaitu (a) peribahasa tradisi : peribahasa yg digunakan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan, contohnya seperti katak di bawah tempurung. (b) peribahasa moden : peribahasa yg dicipta selepas tarikh kemerdekaan, namun mendorong kepada merosakkan bahasa contohnya seperti tetikus tanpa wayar
- Peribahasa memainkan peranan yang penting dalam masyarakat di negara kita terutamanya di kalangan orang-orang Melayu. Peribahasa digunakan untuk menyampaikan (a )sesuatu nasihat, (b) teguran, atau (c) ingatan secara kiasan atau sindiran.
Pada hemat saya, dengan menggunakan peribahasa banyak (d) teguran, nasihat, dan sindiran dapat disampaikan tanpa menimbulkan rasa marah atau kecil hati pada orang lain.
Peribahasa wujud apabila masyarakat Melayu menyedari betapa susahnya untuk memberikan nasihat atau teguran secara terus-terang kepada orang lain tanpa menyinggung perasaannya. Lantas, mereka mula mengumpamakan sesuatu perkara dengan sesuatu yang lain agar maksud yang ingin disampaikan dapat ditafsirkan oleh semua orang. Seringkali perkara yang diumpamakan itu berkaitan secara langsung dengan anggota masyarakat dan alam sekeliling mereka.
- cth: jenis peribahasa- perumpamaan (makna 2 lapis: makna tersurat dan tersirat)
- Cth: bagai cincin dengan permata
i) makna tersurat:
ii) makna tersirat: hubungan lelaki dgn perempuan yg secocok dan sepadan
Bidalan: makna selapis

SOALAN BMM 3112 STRUKTUR

1.a)     Tiga  ciri bahasa Melayu kuno.

i. Banyak kata-kata pinjaman Sanskrit
ii. Susunan ayat bersifat Melayu
iii. Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno. Contoh: bulan – wulan
iv. Bunyi e pepet tidak wujud. Contoh: dengan – dngan @ dangan
v. Bentuk imbuhan hampir serupa
vi. Bunyi n berubah menjadi bunyi ny. Contoh: namuk - nyamuk
vii. Bunyi h lenyap dalam bahasa Melayu moden
viii. Terdapat konsonan yang dieja seperti bahasa Sanskrit.
ix. Perubahan fonem tidak konsisten.
x. Terdapat perkataan tidak lagi digunakan.

b) Dua  bukti batu bersurat dalam bahasa Melayu kuno.
i. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang.
ii. Batu bersurat di Talang Tuwo dekat Palembang.
iii. Batu bersurat di Kota Kapur, Pulau Bangka
iv. Batu bersurat di Karang Brahi, Jambi

2. a) Tiga  tujuan penerbitan Dewan Bahasa mengikut Tan Sri Syed Nasir.
i. Memartabatkan BM
ii. Sebagai pusat rujukan
iii. Menerbitkan karya-karya
iv. Menyebarkan ideology melalui penulisan

b) Maksud

i. Bahasa pengantar: bahasa yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam pengajaran dan pembelajaran.
ii. Bahasa perpaduan: bahasa yang digunakan sebagai tali pengikat kemuafakatan antara anggota masyarakat sama ada dalam kalangan satu etnik mahupun antara etnik.

3. a) Aliran Tatabahasa Tokoh Tatabahasa
Tradisional Za’ba
Marsden
Winstedt
Transformasi Generatif
 Farid M. Onn
Arbak Othman

Tatabahasa Dewan
 Nik Safiah Karim
Farid M. Onn
Hashim Haji Musa
Abdul Hamid Mahmood

b) Nama penulis yang terlibat dalam menjayakan Tatabahasa Dewan
i. Nik Safiah Karim
ii. Farid M. Onn
iii. Hashim Haji Musa
iv. Abdul Hamid Mahmood

4.a) Prinsip penyusunan kamus. Jelaskan prinsip.


i. Perancangan: pentadbiran yang berkaitan dengan perbelanjaan, penentuan individu dan penentuan prasarana
ii. Aspek linguistik: aspek linguistik digarap menurut cabang ilmu linguistik yang berkaitan dengan leksikologi termasuklah tatabahasa, lafaz, pengetahuan, dialek, maklumat, ensiklopedia dan sebagainya.
iii. Pemasaran: aspek yang berkaitan dengan penyebaran kamus secara meluas sebagai satu produk.

b) Nyatakan 4 jenis kamus.
i. Kamus ekabahasa
ii. Kamus dwibahasa
iii. Kamus aneka bahasa
iv. Kamus ensiklopedia
v. Kamus etimologi
vi. Kamus diakronik
vii. Kamus sinkronik
viii. Kamus umum
ix. Kamus istilah
x. Kamus sinonim
xi. Kamus thesaurus
xii. Kamus peribahasa


Saturday, 16 November 2013

Morfologi

Pengenalan Morfologi

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.
-          Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.
-          Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukkan dan penggandaan.
-          Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota dala kumpulan atau golongan yang sama.
Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan dikenali sebagai morfem. Morfem ialah unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi dalam gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Sesuatu perkataan itu dibentuk dari satu morfem atau lebih. Contoh :
‘saya’              à        1 morfem :     saya
 ‘berpeluh’     à        2 morfem :     ber+peluh
‘berkakikan”  à        3 morfem :     ber+kaki+kan
Morfem boleh bersifat bebas (boleh wujud bersendirian) atau terikat (hanya wujud bersama-sama morfem lain). Contoh :
-          Morfem bebas – ‘saya’
-          Morfem terikat – ‘ber’ dan ‘kan’, hanya boleh wujud dengan kata dasar bagi membentuk perkataan seperti ‘berkakikan’

Perkataan ditakrifkan sebagai satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna. Ia terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Tegasnya, perkataan ialah bentuk bebas yang boleh berdiri sendiri, contohnya ialah kerusi, dapur dan meja.


Morfologi

Kata Ganda
Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar, sama ada kata ganda tersebut diulangi secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.

Penggandaan sebagai proses bagaimana suatu kata dasar atau sebahagian daripadanya diulang.

Terdapat tiga jenis kata ganda :

a)    Penggandaan penuh
Proses yang menggandakan keseluruhan kata ganda. Gandaan penuh boleh dibuat pada kata akar dan kata terbitan. Kata nama, kata kerja dan kata sifat jua boleh digandakan. Contohnya

pulau-pulau, cantik-cantik, anak-anak dan lari-lari. Kata nama yang mengandungi imbuhan juga boleh digandakan sepenuhnya, iaitu pemimpin-pemimpin, pelatih-pelatih.

b)   Penggandaan separa

Proses yang menggandakan sebahagian kata dasar. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau kata terbitan. Penggandan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar.Contohnya

kekura, pepohon, berlari-lari, kecil-kecilan.



c)    Penggandaan berentak

Proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.

Penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis :

1)    Penggandaan berentak pengulangan vokal

Penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu, iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal.

Contohnya

sayur-mayur, selok-belok, hina-dina


2)    Penggandaan berentak pengulangan konsonan

Penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu. Contohnya

gunung-ganang, batu-batan, mandi-manda.

3)    Penggandaan berentak bebas  

Penggandaan yang tidak mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan.

Contohnya

susur-galur, sahabat-handai, tinggi-lampai.
Terdapat sekurang-kurangnya lima makna dalam penggandaan kata.

a)    gandaan sebagai penanda jamak, iaitu jumlah yang banyak.

Contohnya meja-meja, bukit-bukau


b)    gandaan sebagai penanda nama haiwan.Contohnya

 biri-biri, rama-rama dan kupu-kupu


c)    gandaan sebagai penanda makna serupa.Contohnya

langit-langit, gula-gula


d)    gandaan sebagai penanda pelbagai jenis.Contohnya

sayur-mayur, kuih-muih.

e)    Gandaan sebagai penanda tidak tentu.Contohnya


apa-apa, siapa-siapa. 

Morfologi

Kata Majmuk
Kata majmuk didefinisikan sebagai bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah, melainkan kata majmuk yang telah mantap.

Kata majmuk terbahagai kepada tiga :
a)    Kata Nama Majmuk. Contoh :

setiausaha,warganegara,
tandatangan, uji kaji, kebolehubahan

b)    Kata Kerja Majmuk. Contoh

menandatangani, bertanggungjawab, memberitahu

c)    Kata Sifat Majmuk. Contoh :

sukacita, dukacita

d)    Kata Tugas Majmuk. Contoh :

apabila, apakala, apahal, apalagi,

Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dipisahkan kepada tiga kelompok:

a)    Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas.
Contohnya:

gambar rajah, biru laut, terima kasih.

Dalam kategori ini termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran seperti

perdana menteri, raja muda, menteri besar, profesor madya.

b)    Kata majmuk berbentuk istilah khusus.Contohnya

model linear, garis pusat, mata pelajaran, kertas kerja.

c)    Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan iaitu simpulan bahasa.Contohnya

kaki ayam, buah hati, duit kopi.

Kata majmuk dapat dibentuk melalui pelbagai cara:

a)    dua perkataan digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan. Contoh :

duka + cita = dukacita
jawatan + kuasa =jawatankuasa

b)    perkataan dan fakta digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan. Contohnya

walaupun dan adalah

c)    dua perkataan digabungkan tetapi tidak dieja sebagai satu perkataan, sebaliknya kekal sebagai dua perkataan. Contohnya

 uji bakat, ulang tayang, temu.

d)    dua perkataan bebas dijadikan satu perkataan dengan menggunakan imbuhan apitan dan ejaannya mestilah bercantum. Contoh :

pindah milik à dipindahmilikkan
tukar ganti à ditukargantikan

e)    kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja tidak dicantum. Contoh :

campur aduk à bercampur aduk
temu bual à ditemu bual


Terdapat sebilangan kecil kata majmuk yahg penggunaanya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar, perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan.

Contohnya

antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, setiausaha.

Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja,contohnya

alat-alat tulis, balai-balai raya.

Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap melibatkan seluruh unsur.Contohnya

setiausaha-setiausaha, pesuruhjaya-pesuruhjaya.


Morfologi

Kata Terbitan.

Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan. Kata terbitan ini terbentuk melalui proses pengimbuhan iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan menghasilkan empat bentuk kata terbitan :
a)    Kata Terbitan Berawalan
b)    Kata Terbitan Berakhiran
c)    Kata Terbitan Berapitan
d)    Kata Terbitan Bersisipan

Imbuhan ialah unit-unit bahasa yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Imbuhan dapat dibahagikan pada empat jenis :


a)    imbuhan awalan
-          unsur imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar.
Contoh :  

imbuhan ‘ber’ dalam ‘bersukan’ à ber+sukan

b)    imbuhan akhiran
-          unsur imbuhan yang hadir selepas kata dasar
Contoh :

imbuhan ‘-an’ dalam ‘makanan’ à makan+an

 imbuhan ‘-kan’ dalam ‘kembalikan’ à kembali+kan


c)    imbuhan apitan
-          imbuhan yang hadir secara melingkungi kata dasar iaitu dua bahagian imbuhan yang hadir serentak pada awal dan akhir perkataan Contoh :

imbuhan ‘men…..kan’ dalam ‘mendebarkan’ à men+debar+kan

 imbuhan ‘pe….an’ dalam ‘pendidikan’à pen+didik+an

d)    imbuhan sisipan
-          unsur imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Bentuk ini tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, iaitu kata terbitan baru tidak lagi dibentuk dengan imbuhan sisipan. Contoh :

imbuhan ‘…er…’ dalam ‘keruping’

imbuhan ‘…el…’ dalam ‘telunjuk’

Kata Terbitan Berawalan

Kata terbitan berawalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan,dan kata adjektif terbitan. Contoh :

a)    Kata Nama :

pelari, perakus ( imbuhan ‘pe’)
pembawa, pembuat (‘pem’)
suprakelas, supranasional (‘supra’)

b)    Kata Kerja :

melawan, mengikat, merasa (‘me’)
berjalan, berganti, berserta (‘ber’)

c)    Kata Adjektif :
terbesar, tercantik (‘ter’)
secerah, setebal, senipis (‘se’)

Kata Terbitan Berakhiran.

Kata terbitan berakhiran dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja. Contoh :

a)    Kata Nama :

pakaian, jahitan, mainan (‘-an’)
sasterawan, angkasawan (‘-wan’)
budiman, seniman (‘-man’)
peragawati, seniwati (‘-wati’)
nasionalisme, patriotisme (‘-isme’)

b)    Kata Kerja :

gunakan,besarkan,buatkan (‘-kan’)
duduki, turuti, berkati (‘-i’)

Kata Terbitan Berapitan
Kata terbitan berapitan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan,dan kata adjektif terbitan. Contoh :

a)    Kata Nama :

pelaksanaan, perasaan (‘pe…an’)
kelainan, kedukaan (‘ke…an’)

b)    Kata Kerja :

memainkan,melukakan(‘me…kan’)
beralaskan, berlaukan (‘ber…kan’)
diyakini, disirami (‘di…i’)
dipergunakan(‘diper…kan’) memperdagangkan (‘memper…kan’)
keselesaan (‘ke…an’)

c)    Kata Adjektif :

kemelayuan (‘ke…an’)

Kata Terbitan Bersisipan

Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, yakni kata terbitan baru tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam perkataan –perkataan lain kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta. Kata terbitan bersisipan dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata adjektif terbitan. Contoh :

a)    Kata Nama :

kelingking, telunjuk (‘..el..’)
keruping, seruling (‘..er..’)

b)    Kata Adjektif :

kelebak, selerak (‘..el..’)
gemilang, semerbak  (‘..em..’)


Morfologi

BENTUK KATA


Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda.


Kata Tunggal


Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar yakni tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar lain. Kebanyakan kata tunggal dalam Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluaskan dengan bentuk terbitan.

Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata. Contoh:
satu suku kata – am, dan, roh, skru
dua suku kata – itu, ubi, aku


Berasaskan perlaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada tiga jenis:

a)    Kata tunggal yang merupakan unit bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu perkataan yang bermakna. Contoh : orang, gitar, pen, botol
b)    Kata tugas, iaitu unit yang yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contoh : dari, dan, pada, demi, untuk



c)    Kata akronim, iaitu perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk singkatan ini terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu. Contoh :

berdikari – berdiri di atas kaki sendiri

komuter – keretapi berkomputer

kugiran – kumpulan gitar rancak


pawagam – panggung wayang gambar

Fonetik dan Fonologi

Transkripsi Fonetik


Pendahuluan


·        Berguna kepada ahli fonetik dan fonologi untuk menerangkan ujaran.
·        Sistem yang tidak taksa (ambiguous) dalam penghasilan penyebutan bagi membantu penulisan.
-         bentuk grafik yakni daripada visual kepada auditori
-         memberi output sebenar petuturan kepada pembaca/pengkaji

Keperluan Transkripsi


·        Wujudnya perbezaan di antara sistem abjad (penulisan) dengan penghasilan sebenar bunyi. Contoh, bahasa Inggeris:
-cough [kof], tough [tÃf], knife [naiv] dll.

·        Masalah ciri-ciri bunyi seperti tekanan yang membawa pergertian yang berbeza dan masalah pemahaman pendengar (penutur jati).

-         Contoh: dalam bahasa Melayu standard, tekanan berlaku pada suku kata kedua terakhir (puneltimate syllable) seperti:

ma.kan     ji.ka.lau    a˜s.sa.la˜.mu.a˜.lai.i.kum
         
-         Tetapi dalam dialek Terengganu, tekanan berlaku pada suku kata terakhir (ultimate syllable) seperti:

Ma.kaN    i.kaN        s«.ko.lah

-         Contoh dalam bahasa Inggeris

‘record’       re.k:d      (noun)                 ri.k:d  (verb)


Jenis-Jenis Transkripsi


1.     Transkripsi Tanggapan
-         bunyi-bunyi yang dihasilkan secara umum
-         keadaan yang perlukan seperti berikut:
a.     kajian suatu bahasa yang tidak tahu asal usulnya.
- pola dan strukturnya tidak bersistematik
- daripada data dan transkripsi tanggapanlah baru boleh dicipta transkripsi yang lebih bersistematik.
b.     bentuk ujaran yang tidak teratur dan menyukarkan pengkaji menentukan struktur dan sistem bahasa tersebut.

2.     Transkripsi Sistematik

·        merujuk kepada ujaran dan bahasa tertentu sahaja
·        lambang yang digunakan bersifat ekonomik dan penjenisan bunyi yang sudah dikenali.
·        menggunakan dasar analisis fonemik yang  lebih kompleks.
·        penting, terutama dalam mengajar/belajar penyebutan asing.
·        diguna dgn meluas dalam kajian nahu secara deskriptif dan penulisan kamus.
·        jenis transkripsi sistematik:

a.     Transkripsi luas  
- kurang menggunakan lambang dan tanda diakritik.
- tujuannya: menghasilkan persembahan yang tidak    taksa    dlm bentuk penyebutan.
- tanda / / digunakan dalam transkripsi luas

b.     Transkripsi sempit       
- menggunakan lambang yang khusus.
- boleh digunakan dalam apa jua bahasa.
- lambang-lambang dan tanda diakritik digunakan
-         menggunakan kurungan [  ]

Contoh Transkripsi Bahasa Melayu.

Pokok itu berduri
poko itu b«duri

Jangan tinggalkan daku!
jaNan tiNgalkan daku

Saya suka makan nasi goreng.
saya suka makan nasi goreN

Kami tinggal di Pulau Pinang.
kami tiNgal dipulau pinaN

guru awak seorang yang rajin.
guru awa s«oraN yaN raǰen

Dia berkaki ayam ke sekolah.
diya bekaki ayam k«s«kolah.


Latihan


Rumah besar itu terletal di atas bukit.

Juruaudit itu memeriksa kira-kira.

Buah durian itu sungguh sedap rasanya.

Saya masakkan masakan ini untuk awak.

Orang itu mengeluarkan duit daripada bank

Peserta silat cekak telah dipilih memenangi anugerah olahragawan.














Jawapan

Rumah besar itu terletak di atas bukit.
rumah b«sa itu t«l«ta diatas buket

Juruaudit itu memeriksa kira-kira.
ǰuruaudit itu m«m«risa kira-kira

Buah durian itu sungguh sedap rasanya.
buwah duriyan itu suNgoh s«dap rasaøa

Saya masakkan masakan ini untuk awak.
saya masakan masakan ini unto awa

Orang itu mengeluarkan duit daripada bank
oraN itu m«N«luwakan duwet daripada baN

Peserta silat cekak telah dipilih memenangi anugerah olahragawan.
p«s«ta silat č«ka t«lah dipileh m«m«naNgi anug«rah olahragawan


Latihan

Transkripsi Bahasa Melayu.

Pokok itu berduri
poko/ itu b«duri

Jangan tinggalkan daku!
jaNgan tiNgalkan daku

Saya suka makan nasi goreng.
saya suka makan nasi goreN

Kami tinggal di Pulau Pinang.
kami tiNgal dipulau pinaN

guru awak seorang yang rajin.
guru /awa/ s«/oraN yaN raǰen

Dia berkaki ayam ke sekolah.
diya bekaki /ayam k«s«kolah.

Rumah besar itu terletal di atas bukit.
rumah b«sa itu t«l«ta/ di/atas buket

Juruaudit itu memeriksa kira-kira.
ǰuru/audit itu m«m«ri/sa kira-kira

Buah durian itu sungguh sedap rasanya.
buwah duriyan itu suNgoh s«dap rasaøa

Saya masakkan masakan ini untuk awak.
saya masa/kan masa/kan ini unto/ awa/

Orang itu mengeluarkan duit daripada bank
oraN itu m«N«luwakan duwet daripada baN

Peserta silat cekak telah dipilih memenangi anugerah olahragawan.
p«s«ta silat č«ka/ t«lah dipileh m«m«naNgi anug«rah olahragawan


c = č/tS
j = ǰ/dZ

sy = s&/S