Kata Majmuk
Kata majmuk didefinisikan sebagai bentuk kata yang wujud
apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis
yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja
terpisah, melainkan kata majmuk yang telah mantap.
Kata
majmuk terbahagai kepada tiga :
a)
Kata
Nama Majmuk. Contoh :
setiausaha,warganegara,
tandatangan, uji kaji,
kebolehubahan
b)
Kata
Kerja Majmuk. Contoh
menandatangani, bertanggungjawab,
memberitahu
c)
Kata
Sifat Majmuk. Contoh :
sukacita, dukacita
d)
Kata
Tugas Majmuk. Contoh :
apabila, apakala, apahal, apalagi,
Berdasarkan
jenisnya, kata majmuk dapat dipisahkan kepada tiga kelompok:
a)
Kata
majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas.
Contohnya:
gambar rajah, biru laut,
terima kasih.
Dalam kategori ini termasuk bentuk kata yang digunakan
sebagai gelaran seperti
perdana menteri, raja
muda, menteri besar, profesor madya.
b)
Kata
majmuk berbentuk istilah khusus.Contohnya
model
linear, garis pusat, mata pelajaran, kertas kerja.
c)
Kata
majmuk yang mendokong maksud kiasan iaitu simpulan bahasa.Contohnya
kaki ayam, buah hati, duit kopi.
Kata majmuk
dapat dibentuk melalui pelbagai cara:
a)
dua
perkataan digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan. Contoh :
duka
+ cita = dukacita
jawatan
+ kuasa =jawatankuasa
b)
perkataan
dan fakta digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan. Contohnya
walaupun dan adalah
c)
dua
perkataan digabungkan tetapi tidak dieja sebagai satu perkataan, sebaliknya
kekal sebagai dua perkataan. Contohnya
uji bakat, ulang tayang, temu.
d)
dua
perkataan bebas dijadikan satu perkataan dengan menggunakan imbuhan apitan dan
ejaannya mestilah bercantum. Contoh :
pindah milik à dipindahmilikkan
tukar ganti à ditukargantikan
e)
kata
majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja tidak dicantum. Contoh
:
campur aduk à bercampur aduk
temu bual à ditemu bual
Terdapat sebilangan kecil kata majmuk yahg penggunaanya
sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Walaupun bentuk kata
tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar, perkataan yang demikian tetap
dieja sebagai satu perkataan.
Contohnya
antarabangsa, beritahu,
bumiputera, jawatankuasa, setiausaha.
Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur
pertama kata sahaja,contohnya
alat-alat tulis,
balai-balai raya.
Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap
melibatkan seluruh unsur.Contohnya
setiausaha-setiausaha,
pesuruhjaya-pesuruhjaya.
No comments:
Post a Comment