Soalan 1
(a) Dua pola budaya tersebut:
i. Wajib : Tiada pilihan lain
selain patuh pada nilai sedia ada
ii. Prefferred: Punya beberapa
pilihan melakukan budaya, namun asa satu
yang lebih digemari
iii. Tipikal : Ada beberapa cara
melakukan tetapi tidak digemari namun
ada satu yang kerap dilakukan
iv. Alternatif: Beberapa cara
dilakukan tanpa ada sesuatu digemari
v. Terhad: Cara melakukan
sesuatu dibenarkan hanya kepada orang-
orang tertentu sahaja
(b) Tiga sebab individu saling bergantung dan
bergabung di dalam kelompok
i. Keamanan - kurangkan
ketidaksamaan dalam diri, berasa lebih takut dan tidak
ragu-ragu berhadapan halangan
ii. Status - Dipandang penting
oleh orang lain dan pengakuan diri dalam
kelompok
iii. Harga diri - Memupuk nilai
harga diri individu dan rasa kepunyaan dalam
kelompok
iv. Afiliasi - Dapat memenuhi
keperluan sosial iaitu berinteraksi teeus menerus
antara ahli dalam kelompok
v. Kekuatan - kekuatan individu
terhad. Akan menjadi lebih kuat apabila
melakukan dengan anggota
kelompok lain
vi. Pencapaian tujuan -
kolaborasi antara ahli dalam kelompok untuk mencapai
matlamat bersama
Soalan 2
(a) Empat ciri utama masyarakat
i. Hidup berkelompok
ii. Mempunyai budaya
iii. Mengalami perubahan
iv. Mempunyai kepimpinan
v. Sering berinteraksi sama ada
dalam dan dengan pihak luar
vi. Mempunyai aturan sosial -
susun lapis, kelas, status atau kasta
(b)Tiga proses perubahan bahasa beserta contoh
yang sering berlaku dalam masyarakat
i. Perubahan bunyi {pinam}
kepada pinang
ii. Perubahan fonem {vuat}
kepada {kuat}
iii. Perubahan morfem {nivunuh}
kepada {dibunuh}
iv. Penggantian kata {warsa}
kepada {tahun}
v. Perubahan makna {khalwat -
Arab} beribadat - berdua-duaan
vi. Penyempitan makna {tuan}
dahulu digunakan untuk lelaki dan wanita tetapi kini untuk lelaki sahaja
vii. Kata slanga {tuang} kepada
{ponteng}
Soalan 3
(a) Empat kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan Program
Pendidikan Khas
i. Kerencatan mental
ii. Bermasalah pembelajaran
iii. Kecelaruan tingkah laku
iv. Cacat pendengaran –
bermasalah komunikasi
v. Cacat penglihatan
vi. Cacat fizikal
vii. Pintar-cerdas dan berbakat
istimewa
(b) Tiga faktor menyebabkan wujud ketaksamaan
peluang pendidikan di Malaysia
i. Kelas sosial
- Sistem feudal yang membezakan
/ memisahkan anggota masyarakat mendapatkan pendidikan yang sama dan setaraf
- Jurang pendidikan terhasil
akibat pencapaian tahap sosio-ekonomi yang berbeza antara kelas sosial
ii. Kumpulan minoriti
- Disisih dan diabaikan kerana
tiada kekuatan bersuara, kehendak tidak diutamakan, didiskriminasi
iii. Infasrtruktur
- Kemudahan mendapatkan guru,
kemudahan mendapatkan bahan-bahan rujukan, kemudahan ICT, kekurangan kemudahan
asas di sekolah
Soalan 4
(a) Empat keperluan asas yang telah disediakan
di kawasan pedalaman
i. Bilik darjah
ii. Asraman- 2,800 kapasiti
penghuni
iii. Rumah guru
iv. Bekalan elektrik 24 jam ke
664 sekolah rendah
v. Bekalan air ke 193 sekolah
(b) Tiga penilaian saya terhadap perubahan
pendidikan dalam kalangan masyarakat
Orang Asli di pinggir bandar
i. Peringkat pertama
- Di prasekolah ditumpukan
kepada kanak-kanak 5 – 6 tahun
- Penyediaan asas kukuh sebelum
pendidikan formal
ii. Peringkat kedua
- Peringkat rendah – kanak-kanak
7 – 12 tahun
- Penyediaan asaas 3M
iii. Peringkat ketiga
- Peringkat menengah 13 – 18
tahun
- Program pendidikan
komprehensif dan berkualiti – kemahiran berfikir kritis dan kreatif
iv. Peringkat tertiari
- Peringkat selepas pendidikan
menengah ke peringkat pendidikan tinggi
v. Tumpuan kepada golongan
tercicir
- Belia dan beliawanis yang
tercicir dari sistem persekolahan
- Penekanan kepada latihan dan
kemahiran untuk pasaran tenaga buruh
BAHAGIAN C (ESEI) (40 MARKAH)
Soalan 1
(a) Lima cara bagaimana kurikulum tersirat
boleh menyatukan murid pelbagai kaum
i. Setiap pelajar wajib
mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum menggalakkan interaksi dalam
kelas sosial murid
ii. Pelajar menerima bahasa
ibunda dan dialek kaum lain
iii. Penerapan nilai budaya
masyarakat pelbagai kaum melalui persatuan / kelab
iv. Melalui aktiviti perkhemahan
murid-murid belajar menghormati cara hidup kaum masing-masing
v. Pelajar mengenal dan
menghormati agama kaum masing-masing
(b) Analisis terhadap lima ciri kurikulum
tersirat yang terdapat dalam pendidikan masa
kini
i. Norma, nilai dan kepercayaan
yang tidak dinyatakan dalam kurikulum tetapi diajar secara tidak langsung di
dalam kelas.
ii. Misalnya: daya intelek guru,
tingkah laku dana akhlak guru
iii. Merangkumi semua pengalaman
pembelajaran yang murid peroleh di mana mereka belaajr
iv. Boleh menjadi objektif
pembelajaran tetapi hasil pembelajarannya adalah bersifat relatif dan agak
sukar diukur secara kuantitatif.
v. Misalnya sikap kerjasama,
hormat mengormati
vi. Kewujudan adalah
berbeza-beza bergantung kepada lokasi, persekitaran dan latar belakang
peleksana kurikulum (murid – guru)
vii. Matlamat atau objektif
kurikulum tidak tertulis dalam kandungan kurikulum mahupun dalam penilaian
viii. Jenis kurikulum adalah
berbeza-berbeza mengikut jenis institusi, tahap pembelajaran dan juga meatlamat
kurikulum itu sendiri
Soalan 2
(a) Lima cara guru menguruskan persekitaran
fizikal bilik darjah untuk menggalakkan
suasana mesra budaya
i. Bilik darjah yang dinamik,
guru memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang aktiviti berkumpulan
menggalakkan penglibatan murid-murid pelbagai etnik
ii. Kebijaksanaan guru
menggunakan kemahiran berkomunikasi, kebijaksanaan interpersonal untuk
menggalakkan pergaulan murid-murid pelbagai kelas sosial atau kaum
iii. Penggunaan laman web,
komputer dan CD dan LCD untuk menghasilkan pembudayaan bilik darjah kondusif
- Memupuk semangat kekitaan,
semangat berdikari dan bekerjasama antara murid pelbagai kaum
iv. Guru menyediakan peraturan
kelas berpandukan pekeliling dan peraturan sekolah
- Murid-murid belajar bertolak
ansur, hormat menghormati, bekerjasama, rasa tanggungjawab di antara mereka
v. Guru berperanan sebagai
pencetus idea, pembimbing, fasilitator untuk membina modal insan
(b) Lima strategi pengajaran guru yang relevan
budaya untuk menggalakkan murid berinteraksi antara pelbagai kaum
i. Kaedah koperatif
- Murid belajar secara
berkumpulan, berbincang secara harmonis, berinteraksi dengan murid pelbagai
latar budaya
ii. Kaedah kontekstual
- Murid akan mengaitkan bahan
pengajaran dan pembelajaran kepada situasi / budaya kehidupan mereka
iii. Kaedah generatif
- Menggalakkan murid menjana
idea-idea kritis dan kreatif yang sesuai dengan budaya yang diketengahkan
- Membuat pertimbangan untuk
meneruskan budaya yang relevan dengan kehidupan masa kini
iv. Kaedah direktif
- Guru memberikan penerangan
secara langsung kepada murid tentang kepelbagaian budaya dalam kelompok mereka
v. Kaedah mediatif
- Mengaplikasikan pengetahuan
untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenalpasti andaian
- Membuat hipotesis berkaitan
dengan budaya yang masih relevan untuk diamalkan
vi. Kaedah kajian masa depan
- Murid-murid mengambil bahagian
dalam penciptaan masa depan
- Guru membantu murid berfikiran
jauh, mempunyai kuasa dan pilihan untuk masa depan yang perlu dihadapi
- Murid yang pelbagai latar
budaya merancang kehidupan mereka
Soalan 3
Berdasarkan Model Simetri Newcomb, guru boleh
melaksanakan komunikasi berkesan dalam bilik darjah
X
A B
A = Individu
B = Individu
X = Mesej
- Model Simetri Newcomb adalah
berasaskan interaksi individu terhadap mesej yang hendak disampaikan atau
diterima, dikenali Model Komunikasi Kemanusiaan
- Komunikasi beroperasi daripada
empat orientasi, iaitu:
a. Orientasi A terhadap perkara
X, iaitu sikap dan kepercayaan A terhadap perkara X
b. Orientasi A terhadap perkara
B, iaitu sikap A terhadap B
c. Orientasi B terhadap perkara
X, iaitu sikap dan kepercayaan B terhadap perkara X
d. Orientasi B terhadap A, iaitu
sikap B terhadap A
- Komunikasi berkesan banyak
bergantung kepada sikap dan kepercayaan terhadap\
individu dan mesej yang hendak
disampaikan
e. Jika B menghromati A dan
menaruh kepercayaan terhadap mesej maka simetri
dicapai, komunikasi adalah
berkesan
jika A dipandang rendah oleh B, maka
mesej yang disampaikan A tidak mendapat
persetujuan. Simetri tidak
dicapai, komunikasi kurang berkesan
(b) Lima masalah komunikasi yang biasa berlaku
dalam bilik darjah dan cara-cara mengatasinya
i. Kebisingan
- Guru menggunakan komunikasi
bukan lisan, menunggu murid berhenti membuat bising dan meneruskan pengajaran
ii. Guru kurang berpengalaman
- Guru mengikuti kursus dalam
perkhidmatan, mendapat nasihat dan tunjuk ajar daripada guru yang berpengalaman
iii. Perhubungan guru dengan
murid kurang mesra
- Guru mengawal murid dengan
cara demokratik
iv. Kurang minat terhadap
pelajaran
- Guru menyampaikan pelajaran
dengan cara menarik minat, seperti kaedah kumpulan, kaedah main, kaedah
bercerita
v. Suasana bilik darjah kurang
kondusif
- Bilik darjah bersih dan selesa
menimbulkan perasaan riang gembira untuk belajar
No comments:
Post a Comment