Saturday, 16 November 2013

Contoh Soalan EDU 3105

BAHAGIAN B (40 Markah)

1. Budaya menjadi sumber identifikasi kekitaan dalam kepelbagaian kelompok manusia.

(a) Jelaskan dua pola budaya tersebut (4 markah)
(b) Kelompok yang wujud di dalam masyarakat adalah kesan saling pergantungan
sesama insan.
Bincangkan tiga sebab individu saling bergantung dan bergabung dalam kelompok
(6 markah)

2. Dalam konteks keperluan hidup bersama, masyarakat bermaksud manusia yang hidup secara berkumpulan dan mengamalkan satu budaya yang sama.
(a) Nyatakan empat ciri utama masyarakat. (4 markah)
(b) Cerakinkan tiga proses perubahan bahasa berserta contoh yang sering berlaku dalam masyarakat. (6 markah)

3. Murid Berkeperluan Khas merupakan kanak-kanak istimewa atau luar biasa dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi.
(a) Berikan empat kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan Program Pendidikan Khas. (4 markah)
(b) Cerakinkan tiga faktor yang menyebabkan wujudnya ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia. (6 markah)

4. Kementerian Pelajaran Malaysia telah membangunkan kemudahan infrastruktur untuk masyarakat luar bandar.

(a) Nyatakan empat keperluan asas yang telah disediakan di kawasan pedalaman.
(4 markah)
(b) Antara Objektif Pelan Tindakan Pembangunan masyarakat Orang Asli adalah untuk menyediakan program dan aktiviti khusus yang berkaitan dengan keperluan mereka.
Berikan tiga penilaian anda terhadap perubahan pendidikan dalam kalangan masyarakat Orang Asli di pinggir bandar. (6 markah)



BAHAGIAN C (40 Markah)

1. Kurikulum tersirat berperanan untuk memainkan peranan membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum. Pelaksanaan kurikulum tersebut menunjukkan kesan mesra budaya dalam kalangan murid.

(a) Tunjukkan lima cara bagaimana kurikulum tersirat boleh menyatukan murid pelbagai kaum. (10 markah).

(b) Buat analisis terhadap lima ciri kurikulum tersirat yang terdapat dalam pendidikan masa kini. (10 markah).

2. Pengurusan bilik darjah yang mesra budaya akan menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif, Suasana tersebut akan menggalakkan interaksi dan integrasi dalam kalangan murid.

(a) Cadangkan lima cara guru menguruskan persekitaran fizikal bilik darjah untuk menggalakkan suasana mesra budaya. (10 markah)

(b) Bincangkan lima strategi pengajaran guru yang relevan budaya untuk menggalakkan murid berinteraksi antara pelbagai kaum. (10 markah)


3. Komunikasi yng berkesan dalam kelas akan memotivasikan murid belajar, merangsang minat, memenuhi keeperluan dan keakinan diri murid.
(a) Berdasarkan Model Simetri Newcomb, jelaskan cara guru boleh melaksanakan
komunikasi yang berkesan dalam bilik darjah. (10 markah)

(b) Bincangkan lima masalah komunikasi yang biasa berlaku dalam bilik darjah serta cara-cara mengatasinya. (10 markah

No comments:

Post a Comment