Kata Ganda
Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan
menggandakan atau mengulangi kata dasar, sama ada kata ganda tersebut diulangi
secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau
tanpa imbuhan.
Penggandaan sebagai proses bagaimana suatu kata dasar
atau sebahagian daripadanya diulang.
Terdapat tiga jenis kata ganda :
a)
Penggandaan penuh
Proses yang menggandakan keseluruhan kata ganda. Gandaan
penuh boleh dibuat pada kata akar dan kata terbitan. Kata nama, kata kerja dan
kata sifat jua boleh digandakan. Contohnya
pulau-pulau, cantik-cantik,
anak-anak dan lari-lari. Kata nama yang mengandungi imbuhan juga boleh
digandakan sepenuhnya, iaitu pemimpin-pemimpin, pelatih-pelatih.
b) Penggandaan
separa
Proses yang menggandakan sebahagian kata dasar. Kata
dasar boleh merupakan kata tunggal atau kata terbitan. Penggandan separa boleh
berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar.Contohnya
kekura, pepohon,
berlari-lari, kecil-kecilan.
c)
Penggandaan
berentak
Proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi
tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar
digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.
Penggandaan
berentak boleh dibahagikan kepada tiga
jenis :
1) Penggandaan
berentak pengulangan vokal
Penggandaan
yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu, iaitu
terdapat ciri-ciri keharmonian vokal.
Contohnya
sayur-mayur, selok-belok, hina-dina
2) Penggandaan
berentak pengulangan konsonan
Penggandaan
yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu.
Contohnya
gunung-ganang, batu-batan,
mandi-manda.
3)
Penggandaan
berentak bebas
Penggandaan yang tidak mempunyai ciri-ciri persamaan pada
bunyi vokal atau konsonan.
Contohnya
susur-galur,
sahabat-handai, tinggi-lampai.
Terdapat
sekurang-kurangnya lima makna dalam
penggandaan kata.
a)
gandaan
sebagai penanda jamak, iaitu jumlah yang banyak.
Contohnya meja-meja, bukit-bukau
b)
gandaan
sebagai penanda nama haiwan.Contohnya
biri-biri, rama-rama dan kupu-kupu
c)
gandaan
sebagai penanda makna serupa.Contohnya
langit-langit, gula-gula
d)
gandaan
sebagai penanda pelbagai jenis.Contohnya
sayur-mayur, kuih-muih.
e)
Gandaan
sebagai penanda tidak tentu.Contohnya
apa-apa, siapa-siapa.
No comments:
Post a Comment